selisih bahu redah sesak
kaki gerak dan akal ligat memikir
kemana aku nak tuju
buntu aku ditelan sesak
hiruk pikuk Kuala Lumpur
sana sini beribu wajah aku lihat
ada sang peninjau kota
ada bersama famili cuba hirup waktu bahagia
dan aku pula bersama dia
ya dia
jangan kau tanya siapa dia sebab
dia itu sangat istimewa
wajah seribu keasingan aku campuri
kerana di Kuala Lumpur
siapa peduli kau siapa
masuk saja dalam hurungan manusia
dan sebatilah jasad kau dan Kuala Lumpur
ini bandar Kuala Lumpur
namanya megah disebut
tapi jangan kau lupa kejam dan zalim kota ini
jangan dilupa parasit
parasit yang menunggu di sebalik celahan kota
ah tapi siapa peduli itu semua
ini Kuala Lumpur
bergembiralah kau selagi mampu
kerana ini Kuala Lumpur
aku teruskan langkah dua kaki bersama dia
terus ditelan sesak kota Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment