Wednesday, December 10, 2014

GELAP (SEORANG SAHABAT BAIK)

hai kau di sana
monolog aku seorang diri
dengan beribu harap kau akan membalas segala monolog aku ini
bukankah kau ada berjanji
janji tidak akan membiarkan aku
rasa kerdil seorang diri
rasa kelam seorang diri
bukankah pernah kau janji semua itu?

hai kau di sana
aku bermonolog lagi
dengan harap getaran suara jiwaku menceroboh ke sangkar hatimu
tiada sunyi kah engkau tanpa aku?
jika sunyi
mengapa jarang telingaku menangkap alunan suara mu
jika kau sunyi
mengapa gelap pandanganku tanpa kau dihadapan aku
apakah kau tidak lagi sunyi tanpa aku?

tiada salah aku lontar pada kau
tiada benci aku lekatkan pada kau
kerana aku tahu kau juga masih sunyi tanpa aku
masihkah kau sunyi tanpa aku?

kerana aku masih berharap begitu

kerana aku masih sunyi tanpa kelibatmu

Monday, December 8, 2014

SATU PETANG (DI KUALA LUMPUR)

selisih bahu redah sesak
kaki gerak dan akal ligat memikir
kemana aku nak tuju
buntu aku ditelan sesak
hiruk pikuk Kuala Lumpur

sana sini beribu wajah aku lihat
ada sang peninjau kota
ada bersama famili cuba hirup waktu bahagia
dan aku pula bersama dia
ya dia
jangan kau tanya siapa dia sebab
dia itu sangat istimewa

wajah seribu keasingan aku campuri
kerana di Kuala Lumpur
siapa peduli kau siapa
masuk saja dalam hurungan manusia
dan sebatilah jasad kau dan Kuala Lumpur

ini bandar Kuala Lumpur
namanya megah disebut
tapi jangan kau lupa kejam dan zalim kota ini
jangan dilupa parasit
parasit yang menunggu di sebalik celahan kota

ah tapi siapa peduli itu semua
ini Kuala Lumpur
bergembiralah kau selagi mampu
kerana ini Kuala Lumpur

aku teruskan langkah dua kaki bersama dia
terus ditelan sesak kota Kuala Lumpur

Friday, December 5, 2014

PEDULI (JANGAN PERNAH KAU BERI)

kadang kau rasa
jasad sekeliling mencerca
hina tanpa ada sekelumit rasa
tapi jangan pernah kau peduli

kadang kau rasa
tertinggal dalam minoriti
dan dilayan seolah pesakit jiwa
tapi jangan pernah kau peduli

mereka yang mencerca akalnya gila
jiwanya penuh haloba
maruah?
jangan pernah kau tanya

biarkan
bukan jasadmu bernyawa ini atas kasihan mereka
seperti aku
aku juga serupa seperti kau
tunduk aku
tunduk pada yang satu

bagaimana dengan yang mencerca?
persetankan mereka
bukankah sudah aku berpesan
jangan pernah kau peduli

jangan pernah kau peduli

Thursday, December 4, 2014

ADA SATU SAHAJA

susup dalam bas mini
rembat satu kerusi 
duduk lepaskan lelah sambil mata pandang merata

ramai orang

sang tua kendong anak
anak nangis melalak
bas mini ini panas
ah kau belum mengerti anak kecil
bukan salah orang tuamu membawa mu masuk
masuk ke dalam perut rangka besi beroda ini

ramai muka
beribu cerita
ada yang senyum
muka resah tidak dilupa

aku fikir
ya aku fikir
apa mungkin yang melintas di dalam kotak akal mereka
musibah kah
perkara gembira kah

pastinya hanya satu benda sahaja yang dicari
sama ada harta punca bahagia
ataupun bahagia untuk ketawa

bas mini berhenti
kaki memandu aku turun
selamat tinggal wajah asing
semoga berjumpa lagi

Monday, December 1, 2014

PAGI (JANGAN MURUNG)

selamat pagi manusia
jangan kau murung
jangan kau bermasam muka
pagi ini kan pagi yang indah
yang cantik
mengapa harus kotorkan dengan perasaan suram?

pagi ini kau yang punya
pagi untuk kau mula langkah
jangan dihirau kata kata busuk
yang cuba suramkan pagi indah kau

selamat pagi manusia
syukur kerana masih bernyawa
hari esok masih belum tentu ada
tapi jangan dihirau
habiskan hari ini
kalau ada cerita lagi, esok pasti tercelik mata
dan mulakan pagi seperti biasa

selamat pagi
hey
cerialah sedikit
pagi ini kau yang punya

selamat pagi