Sunday, November 30, 2014

OI MAKWE, SELAMAT MALAM!

selamat malam makwe
ah sudah
kau cemik muka
suara kasar serupa nazi
mati aku mati

selamat malam makwe
aku katanya tak cukup manis
selamat malam sendiri tidak cukup
ah kau gila
kau tahu aku bukan kamus bahasa
mana datang suara dan ayat manis
buat aku tutup malam mu?

selamat malam makwe
nampak senang tapi bagi aku satu benda besar
ya amat besar
jangan kau tanya besar mana
lebar mana
ianya besar
sebesar jangkauan akal kau

kau tahu aku akan ada disitu
disitu menanti celik mata kau tatkala pagi
pagi yang terang menceroboh masuk mata kau
kau tahu bukan?

tak perlu rasa risau
tak perlu rasa sedih
kalau jalan cerita aku panjang
esok akan aku teman kau lagi
tak perlu rasa sedih
tak perlu rasa risau

malam sudah terlalu larut

selamat malam makwe

MENGANTUK

bosan
kau punya sembang
kau punya borak
simpang siur belahan huruf kau lempar
tapi kosong

kosong macam gampang

kau ingat aku beri peduli
kau ingat aku terusik dengan ayat kau

tapi sembang kosong kau memang kosong
terlalu kosong seolah lubang tiada hujung
kosong sekosong-kosong

borak sembang kau terus disuap ke mulut semua
kami yang disuap?
kenyang dengan sembang kosong
sehingga berat mata
berat akal
sudahnya semua mengantuk
mengantuk kerana sembang kosong kau

Saturday, November 29, 2014

PERCAYA (SEMUANYA BENAR BELAKA)

mana mungkin
hitam dan putih menjadi satu
mana mungkin
kau capai sesuatu yang kau tak mampu
tapi itu hanya kata kata akalmu
tapi itu semua hanya permainan yang meracuni mindamu

mana mungkin
kau dan aku dapat bersatu
mana mungkin
kelam kan menjadi cerah selalu
tapi itu hanya kata kata akalmu
tapi itu semua hanya permainan yang meracuni mindamu

katakan saja
jika kau sungguh dan benar percaya
luahkan saja
percaya kerna ia benar belaka

dan harap aku hanyalah
tiada terpadam lampu percaya
dari sangkar akalmu

Friday, November 28, 2014

IKAT SEGALA KUSUT

sudah bersepah
ambil satu hujung ke satu hujung
cantuman berbentuk aku cuba cipta
berderai
bersepah lagi

ambil satu hujung
ambil hujung kedua
aku ikatkan lagi
ikatan ada bentuknya hilang secara tiba
berderai
bersepah lagi

kusut
celaru
amarah dan berang dicampur aduk

matilah kau
matilah dunia
matilah semua

kau hadir secara tiba
tiada aku panggil
tiada diseru engkau

kusut tercantum
dua hujung disimpul berbentuk
indah bentuk tidak seperti dahulu
magis
kau adalah magis
tapi lebih kuat magis dalam diriku terhadap kau
magis itu
lebih layak aku panggil sayang

TIK TOK

00:01
ah masih gelap gelita
jiwa muda masih merah menggila
gelak tawa mampu mengisi malam muda
tinggallah dahulu

08:00
celaka celaka celaka
hari terang menceroboh kelopak mata
gilakah manusia untuk bangkit 
bangkit menjadi gila mencari harta
gila ini gila penyambung nyawa
tiada gila, terkatup mata
terdiam seribu bahasa
tinggallah dahulu

09:00 - 22:00
kiri dan kanan kaki kau tuju
bergerak lincah
tapi lincah kau tak sederas deru gila
gila apakah?
ah gila yang itu ini
serba serbi kegilaan orang muda
lelah letih jangan kau hirau
darah mengalir kau isi untuk apa

pulang pulang
aku sakit tersekat
tapi sakit tersekat ini buat penyambung nyawa
tinggallah dahulu

23:00
sebatang rokok kau nyala
sembur asap tambah cemar kota
hiruk manusia kau campuri
malam masih muda
mencari peneman buat luah kata kata
ah malam masih muda
tinggallah dahulu

00:01

PUJAAN

Jerit
gegak gempita kau laungkan kata kata
para manusia mengelilingi
sorak sorak tapi untuk apa
kau kata itu
kau kata ini
bangsa kau paling mulia kau tayang satu dunia

Daratan sana juga sama
pekik lolong puji bangsa siapa mulia
kata hambur kutuk sesama manusia

Ah aku paling mulia
Aku juga paling mulia

Bodoh
kau bodoh kerana memilih untuk memuja
kau lupa kita sama
kau lupa hari pengakhiran
semuanya sama

Aku?

hanya duduk sambil memerhati kerana
aku bukan pemuja

Thursday, November 27, 2014

MABUK

Bro
cantik seluar jeans
lawa Dr Martens kau sarung di kaki
padu Jacket Jeans kau gaya

Bro
pimpin cinggey muka megah
borak kereta Eropah serupa Mat Salleh bintik di muka
duduk Restoran kena layan bagai raja

kau orang sudah mabuk
kau orang disekat gila

gila apa?
gila pada tempat kau berada sekarang

sambung gelak
kerana kau orang masih mabuk

SEBATANG WINSTON MERAH

Jalan jalan pusing bandar
asap Winston dengan cemar kota
telan masuk dalam rongga

Ah
lambat laun mati juga

hispter baju biru seluar hijau buat riuh pekak
seluar hijau biru lipat buat megah
sembang kosong gelak gila
sambil rasa mereka dewa

Fak Fak Fak

apa guna dilayan mereka
ambil satu Winston merah
ayuh teruskan langkah

Ah
lambat laun mati juga